Jabal Rumah; sebuah bukit kecil di hadapan Bukit Uhud. Disinilah tempat pemanah2 semasa perang Uhud ditempatkan dengan arahan Rasulullah saw supaya kekal di atas bukit. Tempat ni boleh tahan panasnya. Terfikir keseorangan, kalau berada ditempat pemanah2 tersebut, harta-harta di depan mata tentunya sangat menggoda jiwa lebih2 lagi di bawah terik matahari sebegitu. Allah.. Besarnya ujian mereka. Mutawif kami di Madinah sempat berpesan supaya selalu berdoa
رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا
Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.(Al Baqarah:286)
Semoga kita semua tsabat untuk mencari redhaNya inshaAllah
0 comments:
Post a Comment