Tuesday, September 15, 2009

am i the next?

perasaan pg ini: geram

hari ni, sperti biasa aku bersiap- siap utk ke sekolah. 6.50 pagi. ak sudah sedia dengan uniform sekolahku. dan kakak msih blum mandi. arrgh. sabar. tnpa mbuang masa yg agak berharga, aku cuba membuat sedikit latihan; sedikit sahaja. 7.05pagi, aku masih lagi sabar. 7.25 pagi, ok masa untuk ke sekolah. Hari ini agak semangat sedikit. Hari bersejarah kerana aku akan didenda. Mungkin juga aku akan disalahkan kerana menyebabkan ustas terlepas solat dhuha. (kata kawan2 aku yg telah didenda seelum ini) Sekali lagi aku diuji, motor bocor. betapa bertuahnya aku hari ini kan? Kemudian, aku memanggil kakak yang seorang lagi. mengharapkannya untuk menghantar aku ke sekolah. Malangnya, beliau
belum mandi. Dan katanya, dia ingin ke Kb selepas itu. maknanya aku perlu menunggunya. Aku tahu, dan sangat arif dengan kakakku itu. Masa yang terpantas untuk nya bersiap adalah sekurang- kurangnya 1/2 jam. Masa perjalanan yang ditambah dengan kesesakan lalu lintas ialah paling cepat 30 minit. Kebetulan kereta meronta- ronta untuk diisikan tenaga. Ini bermakna tepat jam 8.40 pagi, sampailah aku disekolah. (jangkaan semata- mata). Ini juga bermakna aku akan didenda. 2 kesalahan serentak. Ponteng sekolah dan datang lewat. Jadi, aku membuat keputusan untuk tidak ke sekolah hari ini. Yana, maafkan tik ek. Kelmarin, aku ingin berjuang bersama-sama yana untuk menjalani hukuman. Tapi, hajatku ternyata tidak kesampaian. Saat ini, aku betul- betul gementar teringatkan cerita kawanku. Kelmarin, Mudirah telah menampar beberapa pelajar tingkatan 6 disebabkan memonteng sekolah dan gagal dalam trial baru-baru ini. Adakah aku mangsa seterusnya?

**takut**
debe doh loni. isk~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...